
SERI ABIM Jengka
Pendidikan bersepadu KPM, JAKIM dan TPA untuk murid berumur 7 hingga 11 tahun.
Mengenali SERI Lebih Dekat
Pengenalan
SERI ABIM Jengka ditubuhkan pada 30 Ogos 2023 sebagai institusi pendidikan rendah Islam yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama dalam satu pendekatan bersepadu.
Hala Tuju
SERI ABIM Jengka menggariskan hala tuju untuk menjadi institusi pendidikan unggul melalui kepimpinan yang dinamik, guru berkualiti dan pemegang taruh yang menyokong pembinaan generasi khayra ummah dan misi ummatik.
Pendidikan Al-Hikmah
Pendidikan berteraskan pembinaan insan mukmin yang berilmu, berhikmah, berketerampilan dan beriltizam dengan nilai kesalihan serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah.
Kurikulum Bersepadu
Kurikulum KPM
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains dan Matematik.
Kemanusiaan & Kemahiran
Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi serta Pendidikan Kesenian.
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam melalui kurikulum KPM.
Kurikulum JAKIM
Al-Quran, Hafazan, Jawi, Bahasa Arab, Sirah, Ibadah, Adab dan Akidah.
Takmir Pendidikan ABIM
Al-Quran, Hafazan, Bahasa Arab, Sirah dan Pendidikan Teras Islam.
Pengajian Lanjutan TPA
Tafsir sebagai sebahagian sukatan Takmir Pendidikan ABIM.
Pembangunan Pelajar
Kepimpinan
Program pengawas dan kelas kepimpinan untuk pelajar.
Public Speaking
Latihan berucap dan pertandingan pidato.
Pembentukan Sahsiah
Modul akhlak dan adab Islam dalam aktiviti harian.
Sukan
Pelbagai sukan untuk membina kesihatan dan semangat berpasukan.
Khidmat Komuniti
Aktiviti khidmat masyarakat di sekitar Jengka.
Kenapa Ibu Bapa Memilih SERI ABIM
Kurikulum Bersepadu
Gabungan akademik dan Islam dalam satu sistem yang lengkap.
Guru Berpengalaman
Guru terlatih dengan latar belakang akademik dan agama.
Karakter Al-Hikmah
Pembentukan murid yang berilmu, beradab dan bertanggungjawab.
Komuniti Penyayang
Hubungan rapat antara guru, pelajar dan ibu bapa.

Kunjungi SERI
Kenali persekitaran sekolah kami dan dapatkan arah perjalanan sebelum berkunjung.
SERI ABIM Jengka
Lot 11280, Persiaran Aman, Rantau Perintis, 26400 Bandar Jengka, Pahang, Malaysia
Soalan Mengenai SERI
Daftar Anak Anda di SERI
Permohonan murid baharu Sesi 2027 kini dibuka. Sediakan surat beranak, MyKid dan gambar murid sebelum mengisi borang dalam talian.
Terokai Sekolah Kami Yang Lain

TASKI As-Saadah
Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak 4 hingga 6 tahun berteraskan kurikulum KPM dan Pendidikan Al-Hikmah ABIM.

KAFA As-Saadah
Pendidikan Islam sesi petang untuk murid berumur 7 hingga 12 tahun berasaskan sukatan JAKIM dan Takmir Pendidikan ABIM.






